RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN (RPT) TAHUN 1,2,3,4,5,6 SEMAKAN SESI PERSEKOLAHAH 2022/2023

Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) Tahun 1,2,3,4,5,6 Semakan Sesi Persekolahan 2022/2023


Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) Tahun 1,2,3,4,5,6 Semakan Sesi Persekolahan 2022/2023. Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP) merupakan sebuah dokumen mengintegrasikan kurikulum dan pentaksiran bagi membantu untuk memudahkan guru melaksanakan pentaksiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Setelah rujuk DSKP, cikgu memerlukan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) sebagai perancangan untuk mengajar.

 

RPT (Rancangan Pengajaran Tahunan) mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan dokumen standard kurikulum dan pentaksiran (dskp) yang dikeluarkan oleh bahagian pembangunan kurikulum kementerian pendidikan malaysia. Panduan buat anda yang ingin mengetahui rancangan pengajaran tahunan (rpt) 2022. Inilah antara proses perancangan seorang guru bagi memastikan segala pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar serta keberkesanan PdP.

 

Rancangan Pengajaran Tahunan ( RPT) merupakan panduan guru dalam pengajaran di dalam bilik darjah. Rancangan pengajaran dibuat oleh guru untuk membantunya mengajar mengikut dokumen standard kurikulum dan pentaksiran (dskp). Rancangan Pengajaran Tahunan ( RPT) mengandungi pengaturan yang berkaitan dengan anggaran atau unjuran tentang apa yang akan dilakukan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran, kemungkinan melaksanakan pembelajaran mengikut perancangan pelaksanaan pembelajaran atau tidak kerana proses pembelajaran adalah situasional, sekiranya perancangan tersebut dilaksanakan. disediakan dengan teliti.maka proses dan hasil pembelajaran tidak akan jauh dari anggaran.

 

Kita tidak boleh mengajar tanpa panduan. Apabila kita hendak merangka “Catch Up Plan”, kita tidak boleh lari daripada “membedah” DSKP yang menjadi kitab panduan kita untuk melaksanakan pdp. Kita tulis RPH berdasarkan DSKP.

 

Setiap mata pelajaran berbeza terma dan istilah. Cikgu bahasa, fokus utama pdp ialah berkaitan kemahiran seperti kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, kemahiran menulis, aspek tatabahasa dan aspek seni bahasa. Cuba buka DSKP. Ada Standard Kandungan. Ada Standard Pembelajaran. Ada Standard Prestasi.

 

Standard Kandungan ialah apa yang sepatutnya murid tahu dan capai. Kriteria yang jadi perincian kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur disebut sebagai Standard Pembelajaran. Manakala Standard Prestasi merujuk kepada tanda sama ada murid faham atau tidak terhadap apa yang dipelajari. Dalam Standard Prestasi ada Tahap Penguasaan (TP).. TP itu pula berbeza bacaannya mengikut subjek. TP ada enam. TP satu paling rendah.

 

Ingat Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)? Haa, TP inilah yang menjadi nadi dan ukuran pemahaman murid tentang sesuatu topik pdp yang perlu dilaksanakan secara berterusan. Kalau TP1 tu, hmm…memang murid itu tidak mengusai Standard Pembelajaran yang ditetapkan.

Standard Pembelajaran ada tiga iaitu Kandungan Asas Kurikulum (KAK) (paling asas murid perlu kuasai), Kandungan Tambahan untuk pengukuhan dan Kandungan Pelengkap untuk pengayaan. KAK inilah yang digunakan untuk melihat sejauh mana kandungan asas kurikulum dikuasai oleh murid.

 

Sesungguhnya DSKP dicipta bukan untuk suka-suka. DSKP dicipta untuk membantu kita merancang, merangka dan melaksanakan pdp dengan berkesan.

 

Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) Tahun 1,2,3,4,5,6 Semakan Sesi Persekolahan 2022/2023

 

RPT Tahun 1 Semakan Terkini Sesi Persekolahan 2022/2023

BAHASA MELAYU

BAHASA INGGERIS

MATEMATIK

MATHEMATICS (DLP)

SAINS

SCIENCE (DLP)

PENDIDIKAN ISLAM

PENDIDIKAN MORAL

PENDIDIKAN JASMANI

PENDIDIKAN KESIHATAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV)

PENDIDIKAN MUZIK



RPT Tahun 2 Semakan Terkini Sesi Persekolahan 2022/2023

BAHASA MELAYU

BAHASA INGGERIS

MATEMATIK

MATHEMATICS (DLP)

SAINS

SCIENCE (DLP)

PENDIDIKAN ISLAM

PENDIDIKAN MORAL

PENDIDIKAN JASMANI

PENDIDIKAN KESIHATAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV)

PENDIDIKAN MUZIK



RPT Tahun 3 Semakan Terkini Sesi Persekolahan 2022/2023

BAHASA MELAYU

BAHASA INGGERIS

MATEMATIK

MATHEMATICS (DLP)

SAINS

SCIENCE (DLP)

PENDIDIKAN ISLAM

PENDIDIKAN MORAL

PENDIDIKAN JASMANI

PENDIDIKAN KESIHATAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV)

PENDIDIKAN MUZIK



RPT Tahun 4 Semakan Terkini Sesi Persekolahan 2022/2023

BAHASA MELAYU

BAHASA INGGERIS

MATEMATIK

MATHEMATICS (DLP)

SAINS

SCIENCE (DLP)

PENDIDIKAN ISLAM

PENDIDIKAN MORAL

PENDIDIKAN JASMANI

PENDIDIKAN KESIHATAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV)

PENDIDIKAN MUZIK

REKA BENTUK TEKNOLOGI (RBT)

SEJARAH



RPT Tahun 5 Semakan Terkini Sesi Persekolahan 2022/2023

BAHASA MELAYU

BAHASA INGGERIS

MATEMATIK

MATHEMATICS (DLP)

SAINS

SCIENCE (DLP)

PENDIDIKAN ISLAM

PENDIDIKAN MORAL

PENDIDIKAN JASMANI

PENDIDIKAN KESIHATAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV)

PENDIDIKAN MUZIK

REKA BENTUK TEKNOLOGI (RBT)

SEJARAH



RPT Tahun 6 Semakan Terkini Sesi Persekolahan 2022/2023

BAHASA MELAYU

SOW ENGLISH

SAINS

SAINS (DLP)

MATEMATIK

MATHEMATICS (DLP)

PENDIDIKAN ISLAM

PENDIDIKAN MORAL

PENDIDIKAN JASMANI

PENDIDIKAN KESIHATAN

PENDIDIKAN MUZIK

PENDIDIKAN SENI VISUAL

REKA BENTUK TEKNOLOGI (RBT)

SEJARAH

 

Justeru maklumat mengenai Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) Tahun 1,2,3,4,5,6 Semakan Sesi Persekolahan 2022/2023, saya kongsikan kepada anda guru-guru hebat. Semoga ada manfaatnya..



No comments

Theme images by minimil. Powered by Blogger.